Isnin, 8 September 2014

Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid


Salam sejahtera.. Lama admin tak update blog ini... Sibuk sikitla... Admin baru sahaja menguruskan penghantaran 5 orang pelajar SMK Temin ke Kursus Program Tunas Niaga di Pusat Dagangan Mahkota Kuantan minggu lepas ( 5 - 7 September) ..
Minggu ini pula, warga pendidik SMK Temin sibuk dengan pengurusan PBS / PT3..Oleh itu, kepada semua yang terlibat dengan pengurusan PBS / PT3 boleh lah mendapatkan link untuk mendapatkan modul perekodan perkembangan pembelajaran murid secara offline yang telah admin sediakan di blog ini di bahagian bahan ilmiah.
Selain itu, SMK Temin juga akan mengadakan Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Mesyuarat Agung Koperasi SMK Temin Jerantut Pahang Berhad Kali Ke 10 pada 12 September ini.. 
SMK Temin juga menjadi tuan rumah bagi pertandingan koir peringkat negeri Pahang pada 12-13 September ini...fuhh,,,,
Selamat menjalankan tugas..

Khamis, 17 Julai 2014

Selamat tinggal dan terima kasih



Salam ramadhan..Hari ini admin ingin mengambil kesempatan untuk mewakili semua warga sekolah bagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada 3 orang guru SMK Temin yang telah bertukar sekolah.
Guru-guru tersebut ialah En Azman B Aziz , GPK Kokurikulum yang telah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua SMK Nenasi, Pekan Pahang, En Khamizi B Anas yang telah bertukar ke SMK Jerantut serta Pn Kuntum@ Zaniahtum Bt Salleh yang telah bertukar ke SMK Tengku Bahriah, Kuala Terengganu.
Kami mengucapkan semoga ketiga-tiga orang guru ini akan terus berkhidmat dengan cemerlang di sekolah yang baru..Selamat Maju Jaya dan terima kasih atas segalanya..Moga berjumpa lagi..

En Azman B Aziz

En Khamizi B Anas

Pn Kuntum@ Zaniahtum Bt Salleh

Di sini juga, admin ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat datang kepada seorang guru baru iaitu Cik Mashitah Zaaba serta 3 orang guru praktikum daripada UPSI..Selamat menjalankan tugas di SMK Temin...

Ahad, 29 Jun 2014

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak


Salam sejahtera...Admin ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ketibaan Bulan Ramadhan kepada semua warga SMK Temin..Semoga ibadah puasa dan solat kita semua diterima oleh Allah S.W.T..Jangan ponteng puasa tau....Selamat Berpuasa...