Khamis, 26 Februari 2015

Jadual Ujian Selaras Mac 2015 serta Jadual Kelas Tambahan SPM dan PMR 2015..


Hai...Apa khabar semua?? Hari ini admin ingin berkongsi  Jadual Ujian Selaras Mac 2015 bagi Tingkatan 4 dan 5 serta Jadual Kelas Tambahan SPM dan PMR 2015...Bagi tingkatan yang lain, admin akan update kelak ok...
Jangan lupa study!!!







Semakan keputusan SPM 2014

  

Salam semua.. Tentu sekarang ini semua calon SPM 2014 sedang berdebar-debar kan? Al maklumlah, keputusan SPM akan diketahui pada 3 Mac 2015 ini. Bagi calon SPM 2014 SMK Temin, anda dikehendaki memakai pakaian yang sopan ketika mengambil keputusan SPM anda nanti ya..Anda boleh mendapatkan slip keputusan selepas jam 10 pagi okay..Semoga mendapat keputusan yang cemerlang..Jumpa nanti
 


Semoga cepat sembuh Cikgu Arba'ae

mu
 
Hai apa khabar semua?Wow, cuaca sekarang ini sangat panas kan? Ramai warga temin sekarang ini kurang sihat kerana keadaan cuaca yang sangat panas ini..Admin berharap agar semua pembaca blog ini minum air dengan banyak bagi mengelakkan keadaan kesihatan terganggu..Ingat tu ye..

Baiklah, admin ingin berkongsi pula beberapa peristiwa yang berlaku dalam minggu ini... Pada hari Selasa 24 Februari 2015, pihak KOSTEM telah menganjurkan satu kursus hos Pelancongan Koperasi Sekolah. Kursus ini telah disampaikan oleh Pegawai ANGKASA B4P iaitu Encik Azlan.. Semua peserta kursus telah memberi kerjasama yang sangat baik sepanjang kursus ini berlangsung..Tahniah..
               



 Oklah, Admin juga ingin berkongsi kisah sedih..Salah seorang guru SMK Temin yang sangat disayangi iaitu Tuan Hj Arba'ae B Abdul Wahab kini sedang koma di Hospital Temerloh kerana penyakit yang dialaminya. Sehubungan itu, satu bacaan yassin telah diadakan di surau SMK Temin bagi mendoakan kesihatan beliau. Satu bacaan yassin juga akan diadakan esok di Dewan Bitara Temin.Admin berharap agar semua pembaca blog dapat menyedekahkan Al Fatihah kepada beliau dan mendoakan agar kesihatan beliau akan kembali seperti biasa. Alfatihah

 
Tuan Hj Arba'ae B Abdul Wahab
 
 
 
 
 
 

Isnin, 16 Februari 2015

Selamat Tahun Baru Cina 2015






Salam sejahtera...Hai semua...Apa khabar??Harap semuanya sihat ok..Baiklah, kali ini admin ingin berkongsi peristiwa yang berlaku sepanjang minggu lepas...Sebelum itu, admin juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina...Selamat Bercuti dan hati-hati di jalanraya ok...Bye...Hingga berjumpa lagi

                                               
  • Taklimat Kokurikulum Tingkatan 6 Oleh Pihak JPAM ( 11 Februari 2015 )


  • Aktiviti Belajar Membuat Roti oleh KOSTEM dan Pn Maisarah, Guru Koperasi SMK Rahman Putra, Selangor ( 14 Februari 2015 )

Terima kasih Cikgu Maisarah

Cikgu Maisarah sedang membuat demo







Antara roti yang dihasilkan 

  • Karnival Jom Masuk U di Hotel Zenith Kuantan ( 14 Februari 2015 )


  • Keputusan STPM Penggal Pertama 2015 ( 16 Februari 2015 )

  • Mesyuarat AJK Kejohanan Balapan dan Padang, SMK Temin  ( 16 Februari 2015 )



Selasa, 10 Februari 2015

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pusat Sumber dan Makmal Komputer 2015



Salam sejahtera..Hai bertemu kembali..Hari ini admin ingin berkongsi berita peristiwa yang berlaku di SMK Temin..Alhamdulillah, hari ini telah berjalan dengan jayanya Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber serta Pengawas Siber 2015. Majlis telah disempurnakan oleh GPK Pentadbiran iaitu En Azahari Bin Awang.. Semoga semua para pengawas yang telah dilantik dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan ikhlas, jujur dan berdedikasi...Jom kita lihat gambar sekitar majlis tersebut ..Jumpa lagi..





 
 

Ahad, 8 Februari 2015

Terima Kasih Cikgu Azahari


Salam sejahtera..Apa khabar semua??Harap baik semuanya..Sekarang ini tengah musim Demam Denggi, demam panas, batuk dan selsema.Admin harap semuanya dapat menjaga kesihatan masing-masing dengan baik ye..Okla, hari ini warga Pra U SMK Temin telah mengadakan satu jamuan bagi menghargai jasa perkhidmatan mantan GPK Tingkatan 6 iaitu Cikgu Azahari B Awang yang telah dinaikkan pangkat sebagai GPK Pentadbiran SMK Temin yang baru menggantikan En Aziman B Abu Samah..Tahniah En Azahari..Warga temin akan sentiasa menyokong anda... Mari kita lihat gambar majlis tersebut..Jumpa lagi















Rabu, 4 Februari 2015

Suka dan Duka SMK Temin



Hai semua...Apa khabar??Harap semuanya baik-baik belaka...Sorry la sangat-sangat sebab dah lama admin tak update blog SMK Temin ni..Almaklumlah, awal tahun busy la sikit..Lagipun, seperti yang semua sedia maklum, Jerantut turut dilanda musibah banjir pada tahun ini. SMK Temin telah menjadi salah satu pusat pemindahan banjir pada tahun ini.Sesi persekolahan juga telah ditangguhkan selama seminggu iaitu dibawa kepada 12 Januari 2015.Oklah, kali ini admin akan berkongsi semua suka duka yang dilalui oleh warga SMK Temin pada awal tahun 2015 ini..
  • Suasana banjir di Jerantut



  • SMK Temin sebagai Pusat Pemindahan Banjir



  • 5 Januari 2015 - Gotong royong membersihkan sekolah
Taklimat daripada Tuan Pengetua






  • 7 Januari 2015 - Gotong royong membersihkan rumah En Ruslan Awang




  • 8 Januari 2015 - Mesyuarat Guru Kali Pertama 2015
  • 10 Januari 2015 - Gotong royong membersihkan rumah Pn Rosina Bt Mokhtar

  • 11 Januari 2015 - Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 & pelajar asrama




  • 12 Januari 2015 - Sesi persekolahan 2015 bermula
        • Pemberian wang bantuan persekolahan RM100

        • Minggu Orientasi Tingkatan 1 & 4






15 Januari 2015 - Gotong royong Khidmat Masyarakat Guru & Pelajar Pra U ke SMK Pulau Tawar



  • 20 Januari 2015 - Mesyuarat AJK Merentas Desa Peringkat Sekolah
  • 21 Januari 2015 - Perjumpaan Kejohanan Merentas Desa bersama ahli rumah sukan

  • 21 - 28 Januari 2015 - Latihan Merentas Desa 





  • 23 Januari 2015 - Penyampaian bantuan persekolahan kepada mangsa banjir


  • 27 Januari 2015 - Kejohanan Badminton MSSD Jerantut
        • Perseorangan (P) Bawah 15 Tahun - Tempat ketiga
        • Beregu (L) Bawah 18 Tahun - Tempat Ketiga
        • Kejohanan Bola Keranjang MSSD Jerantut


  • 28 Januari 2015 -  Kejohanan Sepak Takraw MSSD Jerantut
        • Keputusan:
          • Lelaki Bawah 15 : Naib Johan
          • Lelaki Bawah 18 : Naib Johan
        • Penerimaan English Teacher Assistant, Miss Heather

        • Pengisian UPU Online bagi Calon STPM Penggal Ketiga Bersama Kaunselor



  • 29 Januari 2015 -  Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah
      • JOHAN : RUMAH KUNING
      • NAIB JOHAN : RUMAH MERAH
      • TEMPAT KETIGA : RUMAH HIJAU
      • TEMPAT KEEMPAT : RUMAH BIRU





        • Minggu Serasi Bersama- Asrama SMK Temin










  • 31 Januari 2015 - Kejohanan Merentas Desa MSSD Jerantut di SMKA TAHAP
      • Keputusan:
        • JOHAN Lelaki Bawah 18 - Mohd Rais Bin Junaidi
        • Tempat ke 11 Perempuan Bawah 18 - Khoo Yen Cheng
        • JOHAN Perempuan Bawah 15 - Siti Syahirah Bt Osman
        • Tempat Ke 4 Perempuan Bawah 15 - Fatin Nur Aina Bt Ibrahim



  • 2 Februari 2015 - Lantikan GPK Pentadbiran baru - En Azahari B Awang
        • Lantikan GPK Tingkatan 6 - En Sohaimi B Hamzah
        • Jamuan Perpisahan Mantan GPK Pentadbiran- En Aziman B Abu Samah dan Cik Hajah Roslia Bt Kamarom


  • 2-5 Februari 2015 - Kejohanan Bola Baling MSSD Jerantut
        •  Perempuan - Tempat Ke-4
             



  • 3 Februari 2015 - Pembantu Makmal SMK Temin, En Ahmad Jailani B Tajaludin telah meninggalkan kita semua kerana penyakit yang dihadapi oleh arwah.Sehubungan itu, satu majlis bacaan yassin telah dijalankan di surau baru SMK Temin. Kami, warga Temin merasa amat sedih di atas kehilangan seorang staf yang sangat berdedikasi. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.