Khamis, 31 Oktober 2013

JOHAN Sambutan Hari Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan 2013



Tahniah Koperasi SMK Temin diatas kejayaan yang cukup bermakna dimana KOSTEM telah dinobatkan sebagai JOHAN Sambutan Hari Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan 2013 pada 27-29 Oktober 2013..KOSTEM telah menerima hadiah sebanyak RM12,000.00 dan RM3,000.00 dalam bentuk pakej pelancongan selain menerima plak dan sijil..Tahniah KOSTEM...

Para pelajar Ting 5  pula akan mula menjalani peperiksaan SPM pada hari Rabu, 6 November 2013..Warga SMK Temin mengucapkan Selamat Maju Jaya dan semoga beroleh kecemerlangan yang diharapkan...Amin...










Jumaat, 25 Oktober 2013

Minggu yang sibuk



Minggu ini sungguh banyak aktiviti yang dijalankan...Minggu ini juga, Pusat Akses SMK Temin telah berjaya mendapat Tempat Ketiga Peringkat Negeri Pahang..Tahniah yek kepada semua yang terlibat dalam melaksanakan pengurusan Pusat Akses..Terima Kasih kepada PKG Temin kerana banyak membantu dalam pengurusan dan keceriaan Pusat Akses SMK Temin... 

SMK Temin juga telah menerima ahli keluarga yang baru iaitu GPK HEM, En Mohd Nizam B Mohd Hassan menggantikan En Yusoh B Abd Latif yang telah bertukar ke SMK Inderapura.Semoga En Mohd Nizam B Mohd Hassan dapat bersama-sama menggembleng tenaga dalam mentadbir SMK Temin.


Kelab Guru & Staf SMK Temin juga telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun pada 18 Oktober yang lalu..Meriah sungguh...Gambar akan diupdate kelak ok....Bye

Khamis, 17 Oktober 2013

Juara Pertandingan Pendidikan Lalulintas Shell Peringkat Negeri Pahang 2013



Tahniah diucapkan kepada pasukan SMK Temin kerana berjaya menjadi JOHAN Pertandingan Pendidikan Lalulintas Shell Peringkat Negeri Pahang 2013 yang diadakan 9 - 10 Oktober 2013.Details akan diupdate kelak....Anyway, Congrats SMK Temin...

Khamis, 10 Oktober 2013

Semoga cepat sembuh


Salam sejahtera..Dalam minggu ini, salah seorang guru SMK Temin, Cikgu Ruslan B Awang Muhammad telah dimasukkan ke Hospital Temerloh kerana keadaan kesihatan yang kurang memuaskan..Semoga Cikgu Ruslan cepat sembuh.Kami warga SMK Temin sentiasa mendoakan agar Cikgu Ruslan cepat sembuh dan dapat kembali bertugas seperti biasa...




Sabtu, 5 Oktober 2013

Terima kasih En Yusoh


Minggu ini merupakan minggu perkhidmatan terakhir bagi GPK HEM SMK Temin, En Yusoh B Abdul Latif.Ini kerana beliau akan memulakan tugas baru sebagai GPK Pentadbiran di SMK Inderapura.SMK Temin mengucapkan terima kasih di atas segala khidmat bakti En Yusoh sepanjang perkhidmatan beliau di SMK Temin..Semoga En Yusoh akan terus maju di sekolah yang baru..Terima kasih Cikgu!!!