Khamis, 9 Oktober 2014

Solat Hajat Perdana


Salam sejahtera... Hai bertemu kembali...Moga hari ini memberi 1001 kebaikan buat kita semua..Oklah, admin ingat berkongsi program yang dijalankan oleh sekolah admin semalam..

Pada 9 September 2014, telah diadakan Majlis Solat Hajat Perdana bagi mendoakan kejayaan anak-anak pelajar SMK Temin terutamanya bagi anak pelajar calon STPM, SPM dan PT3. Majlis telah diadakan di Masjid Baru Jerantut dan diketuai oleh Imam Masjid Baru. 

Majlis bermula pada jam 6 petang dengan pendaftaran pelajar. Seterusnya solat maghrib berjemaah, solat hajat, bacaan yassin serta solat isyak. Selepas itu, para jemaah dihidangkan dengan pulut dan rendang daging.. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan disini admin ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Maju Jaya " buat semua calon STPM, SPM dan PT3 SMK Temin bagi tahun 2014..







Isnin, 6 Oktober 2014

TARIKH PEPERIKSAAN


Berikut merupakan tarikh-tarikh peperiksaan penting :

a) Peperiksaan PT3 = 13 - 16 Oktober 2014
b) Peperiksaan Akhir Tahun Ting 4 = 9 - 30 Oktober 2014
c) Peperiksaan Akhir Tahun Ting Peralihan, 1 dan 2 = 28- 31 Oktober 2014
d ) SPM = 3 Nov - 2 Disember 2014



Kejayaan KOSTEM


Salam sejahtera... Hai, bertemu kembali...Sorry sebab admin dah lama tak update blog ini sebab sibuk sikit..Okla ye, pada 23 September 2014 bertempat di SMK Lenga. Muar Johor telah berlangsung Sambutan Hari Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan 2014. Seorang koperator pelajar SMK Temin iaitu Saudara Mohd Bismi Lutfi B Mohd Nain telah berjaya menerima Anugerah Koperator Kebangsaan Terbaik 2014. Saudara Mohd Bismi Lutfi telah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1000.00 , sijil dan plak serta berkemungkinan dibawa ke negara China. Hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Pada 27 September 2014 pula telah diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Koperasi-Koperasi Wilayah Jerantut 2014 Anjuran SKM Wilayah Jerantut di Dewan Majlis Daerah Jerantut. Pada majlis tersebut KOSTEM telah mendapat Anugerah Koperasi Sekolah 6 Bintang dan menerima hadiah wang tunai RM2,000.00.

Pada 29 - 30 September 2014, Koperasi SMK Temin telah menyertai Konvensyen Pembudayaan Keusahawan Koperasi Sekolah Peringkat Negeri Pahang di Rompin Beach Resort, Rompin Pahang. Koperasi SMK Temin telah diwakili oleh Saudari Nasya Aqilah Bt Kamarul Izwan, Saudari Syarifah Nurfarahim Bt Syed Mohd Aziz, Saudari Ummi Bazlia Bt Abd Moris, Saudari Nur Syahirah Aina Bt Azizan serta dibantu oleh Saudari Nurul Aisyah Bt Md Azizi sambil dibimbing oleh guru Pn Tina Lisa Eleeanna Bt Ahmed Lokman. 
Koperasi SMK Temin telah berjaya menjadi Naib Johan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM700, piala, sijil , netbook setiap seorang serta pakej pelancongan ke Langkawi.. Tahniah KOSTEM..Semoga beroleh kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun-tahun yang akan datang..