Jumaat, 21 Mac 2014

5 Amanah English Homework


Salam sejahtera.Kepada para pelajar 5 Amanah, sila klik pada pautan berikut untuk mendapatkan kerja sekolah cuti sekolah anda...Selamat bercuti....

Jumaat, 14 Mac 2014

Tarikh keputusan STPM dan SPM 2013


Salam sejahtera. Tarikh keputusan STPM 2013 akan diumumkan pada 19 Mac 2014 manakala tarikh keputusan SPM diumumkan pula adalah pada 20 Mac 2014. Calon-calon peperiksaan boleh mengambil keputusan peperiksaan anda di Dewan Bitara, SMK Temin bermula pada jam 10.00 pagi. Sila hadir dengan pakaian yang kemas dan bersesuaian. Mohon bawa segala buku dan peralatan sekolah yang belum dipulangkan pada hari tersebut.. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa..Terima kasih

Doakan MH370



Salam sejahtera..8 Mac 2014 , Malaysia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MAS MH 370 yang masih belum ditemui sehingga ke hari ini.. Kami, warga SMK Temin mendoakan agar pesawat MH 370 dapat ditemui semula dan kesemua penumpang serta kru penerbangan kembali dengan selamat..

Terima Kasih Kak Yah


Salam sejahtera.. Pada 6 Mac 2014 yang lalu, SMK Temin telah kehilangan seorang lagi warganya yang sangat berdedikasi atas sebab persaraan.Pn Radziah Bt Othman, Ketua Pembantu Tadbir SMK Temin telah menamatkan tempoh perkhidmatannya setelah berkhidmat di SMK Temin daripada 22 September 2002 - 6 Mac 2014. Oleh itu, satu majlis persaraan telah diadakan di Cendana Rasa dan suasana sayu dapat dirasakan di sepanjang majlis tersebut berlangsung..Terima Kasih Kak Yah....Semoga berjumpa lagi..Selamat Bersara...



Selasa, 4 Mac 2014

Belasungkawa



Salam sejahtera.. Pada 22 Februari 2014 yang lalu, SMK Temin telah kehilangan seorang warga pelajar yang dikasihi iaitu Allahyarham Rafiuddin Abbas B Rajuddin, pelajar Tingkatan 5 Baik. Allahyarham telah terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Allahyarham merupakan seorang pelajar yang sangat baik dan disayangi oleh semua rakan dan guru. Marilah kita sama-sama mendoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman..Al Fatihah...



Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 2014




Klik pada link di bawah bagi mendapatkan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 2014, 
YBhg. Datuk Dr Khair Bin Mohamad Yusof