Khamis, 12 Disember 2013

Moga cepat sembuh!!





Bagaimana dengan cuti anda kali ini? Minggu ini, salah seorang guru SMK Temin, Cik Afza Othman telah mengalami demam denggi berdarah dan kini ditempatkan di Hospital Temerloh..Moga Cikgu Afza akan cepat sembuh dan kami warga SMK Temin sentiasa mendoakan kesihatan yang baik buat Cikgu Afza. Get well soon....




Jumaat, 6 Disember 2013

Utusan.com.my



Akhbar digital Utusan.com.my mengenai kejayaan Koperasi SMK Temin Jerantut Pahang Berhad menjadi Johan Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2013 serta anugerah utama Koperasi 6 Bintang.
Sila klik pada link berikut:

Koperasi Sekolah Berpotensi Dimajukan Lagi

Khamis, 5 Disember 2013

Panitia ICT Jerantut


Salam sejahtera semua..Nampaknya langit telah mulai cerah walaupun hujan masih turun ke bumi... Alhamdulillah..mudah-mudahan cuaca yang lebih baik akan menanti kita.. Oklah, kali ini admin ingin berkongsi aktiviti yang dijalankan oleh Panitia ICT Daerah Jerantut baru - baru ini iaitu pada hari Selasa 3 Disember 2013..
Panitia ICT Daerah Jerantut telah mengadakan kelas tambahan bersama bagi membantu dan memberi sedikit tips dan sokongan kepada calon-calon ICT SPM sebelum berlangsungnya hari peperiksaan ICT pada hari Rabu 4 Disember 2013. Alhamdulillah, nampaknya ramai calon yang menyertai kelas tersebut..Admin ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru ICT Daerah Jerantut yang telah terlibat dalam program tersebut di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan. Insya Allah, tahun hadapan Panitia ICT Daerah Jerantut akan mengadakan lebih banyak aktiviti untuk kejayaan kita bersama. Jom layan gambar program tersebut...






Selasa, 3 Disember 2013

SPM ICT


Salam sejahtera..Hari ini pelajar-pelajar ICT akan menjawab peperiksaan  SPM.. Berdebar hati admin bila memikirkan anak-anak murid yang akan menjawab soalan pada hari ini. Admin berharap agar semua pelajar dapat menjawab soalan dengan mudah dan tepat..Admin sentiasa mendoakan kejayaan mereka..Pagi ini, kelas tambahan ICT untuk kali terakhir diadakan bagi memberi sokongan kepada mereka.. Good Luck ya!! Cikgu sayang semua...






Kalendar cuti umum, jadual pembayaran gaji serta Takwim Persekolahan 2014



Salam sejahtera..Nampaknya cuti kali ni hujan turun tidak berhenti..Paras air di sekitar Pahang nampaknya semakin meningkat dan merbahaya. Oleh itu, admin berharap agar semua pihak dapat menjaga keselamatan diri dan barang masing-masing...Kesihatan diri juga jangan lupa untuk dijaga okay... Kali ni, admin nak berkongsi beberapa perkara yang penting buat panduan warga guru dan pelajar untuk sesi 2014...Sharing is caring!!!




Untuk mendapatkan takwim penggal persekolahan pula bolehlah download di sini ok...

Rabu, 20 November 2013

Tanggungjawab di masa cuti sekolah



Minggu ini merupakan minggu pertama cuti persekolahan akhir tahun.Namun masih banyak aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh warga sekolah dalam waktu cuti persekolahan ini..
Ada yang mengawas peperiksaan SPM dan STPM, ada yang bertugas di sekolah dan ada yang masih perlu menghadiri kursus-kursus serta mesyuarat bagi memantapkan PdP untuk tahun 2014..Itulah yang dikatakan tanggungjawab yang mana mesti dilaksanakan bagi kejayaan bersama.

Pada minggu ini juga, Panitia Matematik SMK Temin mengadakan kursus KBAT Matematik yang dijalankan di Bilik Seminar SMK Temin.. Memang banyak maklumat yang diperolehi..Terima kasih kepada JU iaitu Cik Afza dan rakan-rakan panitia...Harap dapat menggunakan ilmu yang diperolehi untuk memantapkan lagi prestasi subjek Matematik di tahun-tahun akan datang.

Khusyuk menjawab soalan KBAT..Terbaik

Sempat berposing bersama Ketua Panitia, Pn Lim Bang Sew dan Ketua Bidang, Pn Mariani Bt Asif

JU yang berdedikasi, CIk Afza Osman

Ahad, 10 November 2013

Tq Cikgu Ridhuan


Bertemu kembali...Minggu ini merupakan minggu akhir persekolahan bagi tahun 2013..Starting next week, semua pelajar dah mula bercuti panjang akhir tahun..So, di sini Admin ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bercuti buat semua warga SMK Temin....Namun, harapan Admin agar semua pelajar tidak akan lupa untuk membaca buku bagi menghadapi tahun 2014...



Sebelum itu, minggu lepas 8 November 2013, merupakan hari terakhir bagi guru praktikum, Cikgu Mohd Ridhuan B Mohd Hashim menjalankan praktikum di SMK Temin...For info,  Cikgu Mohd Ridhuan merupakan bekas pelajar di SMK Temin dari beliau Tingkatan 1 hinggalah Tingkatan 6 Atas..So, tq Riduan...Satu majlis penghargaan telah diadakan bagi menghargai sumbangan Cikgu Ridhuan. Moga dapat berkhidmat di SMK Temin di lain waktu...

Selain itu, Anugerah Kokurikulum Daerah Jerantut turut diadakan pada 8 November 2013..SMK Temin telah berjaya memenangi beberapa anugerah..Team guru SMK Temin juga telah ditugaskan untuk mengendalikan bahagian hadiah...So, thanks semua di atas kerjasama yang bestttt..

SO, Jumpa lagi dan layan gambar -gambar dibawah......

Cikgu Ridhuan sedang menyampaikan ucapan ringkas

Menerima cenderamata dari Pengetua

Menerima cenderamata daripada GPK Kokurikulum

Menerima cenderamata daripada Pengerusi Kelab Staf

Bergambar bersama guru pembimbing, Pn Ruhaily Ramly

ANUGERAH KOKURIKULUM DAERAH JERANTUT 2013

Team petugas bahagian hadiah SMK Temin bersama Pengetua

Isnin, 4 November 2013

Congrats Pahang and Good Luck STPM candidates!!


Hai bertemu lagi kita...Semalam 3 November adalah hari yang cukup bermakna bagi rakyat Pahang kerana pasukan Pahang berjaya menjuarai Piala Malaysia setelah penantian hampir 21 tahun..Tahniah Pahang...



Namun dalam kemeriahan meraikan kemenangan pasukan Pahang, jangan pula dilupakan cabaran Peperiksaan STPM yang menanti. Bermula 6 Nov hingga 2 Disember ini, Peperiksaan Penggal 3 STPM 2013,  Peperiksaan Penggal 1 STPM 2014, Peperiksaan Ulangan  Penggal 1 STPM 2013 dan Peperiksaan Ulangan  Penggal 2 STPM 2013 akan berlangsung..So, kepada semua calon STPM, Selamat Maju Jaya...


 

Khamis, 31 Oktober 2013

JOHAN Sambutan Hari Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan 2013



Tahniah Koperasi SMK Temin diatas kejayaan yang cukup bermakna dimana KOSTEM telah dinobatkan sebagai JOHAN Sambutan Hari Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan 2013 pada 27-29 Oktober 2013..KOSTEM telah menerima hadiah sebanyak RM12,000.00 dan RM3,000.00 dalam bentuk pakej pelancongan selain menerima plak dan sijil..Tahniah KOSTEM...

Para pelajar Ting 5  pula akan mula menjalani peperiksaan SPM pada hari Rabu, 6 November 2013..Warga SMK Temin mengucapkan Selamat Maju Jaya dan semoga beroleh kecemerlangan yang diharapkan...Amin...