Rabu, 20 November 2013

Tanggungjawab di masa cuti sekolah



Minggu ini merupakan minggu pertama cuti persekolahan akhir tahun.Namun masih banyak aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh warga sekolah dalam waktu cuti persekolahan ini..
Ada yang mengawas peperiksaan SPM dan STPM, ada yang bertugas di sekolah dan ada yang masih perlu menghadiri kursus-kursus serta mesyuarat bagi memantapkan PdP untuk tahun 2014..Itulah yang dikatakan tanggungjawab yang mana mesti dilaksanakan bagi kejayaan bersama.

Pada minggu ini juga, Panitia Matematik SMK Temin mengadakan kursus KBAT Matematik yang dijalankan di Bilik Seminar SMK Temin.. Memang banyak maklumat yang diperolehi..Terima kasih kepada JU iaitu Cik Afza dan rakan-rakan panitia...Harap dapat menggunakan ilmu yang diperolehi untuk memantapkan lagi prestasi subjek Matematik di tahun-tahun akan datang.

Khusyuk menjawab soalan KBAT..Terbaik

Sempat berposing bersama Ketua Panitia, Pn Lim Bang Sew dan Ketua Bidang, Pn Mariani Bt Asif

JU yang berdedikasi, CIk Afza Osman

Tiada ulasan: