Ahad, 19 April 2015

ANUGERAH KUALITI MATA PELAJARAN STPM



Salam semua..Hai bertemu kita di minggu yang baru... Hari ini admin akan berkongsi kejayaan yang telah diraih oleh warga guru SMK Temin. Pada 15 April 2015 yang lau, bertempat di Kuala Terengganu, SMK Temin yang diwakili oleh GPK Pra U iaitu En Mohd Sohaimi B Hamzah telah menerima Anugerah Kualiti Mata Pelajaran STPM 2014 mewakili subjek yang terlibat iaitu subjek Seni Visual serta Kesusasteraan Melayu. Tahniah khususnya buat guru bagi mata pelajaran berkenaan iaitu Tn Hj Mansor B Harun ( Kesusasteraan Melayu ) dan Pn Hjh Rohayati ( Seni Visual ) serta semua warga Pra U SMK Temin amnya..Tahniah,,Moga terus maju di masa hadapan.


Jumaat, 17 April 2015

Penerima APC 2014.Tahniah


Hai semua.. Banyak sungguh aktiviti yang disertai oleh warga Temin kan?? Ok kali ini, admin ingin berkongsi tentang penerima Anugerah Khidmat Cemerlang bagi tahun 2014..Siapakah mereka??? Jeng jeng jeng..Penerimanya ialah...............Sebelum itu, warga temin mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah..Semoga terus berkhidmat dengan cemerlang pada masa hadapan..Check it out!!

Penerima APC 2014:
1. Encik Sahardi
2. Encik Omar B Aziz
3. Pn Mariani Bt Asif
4. Pn Anitha A/P Vellaiyatham
5. Cik Junaidah Bt Ahmad
6. Pn Marina Bt Mukhatar






Aktiviti Sepanjang Bulan Mac dan April 2015


Hai semua. Berjumpa kembali...Kali ini admin akan berkongsi beberapa aktiviti yang telah berlaku sepanjang bulan Mac dan April ...Jom...

a) English Workshop Untuk Pelajar Tingkatan 4











b) Program Peningkatan Bahasa Inggeris Bersama Kolej Komuniti Bagi Pelajar Ting 5






c) Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Daerah Jerantut di Pusat Kokurikulum Pedah







d) Program Pra U Bersama MSU



e) Karnival Dakwah Peringkat Zon

Keputusan:

Naib Johan : 
a) Nasyid
b) Syarahan Lelaki
c) Tilawah Al Quran Perempuan

Tempat Ketiga
a) Syarahan Perempuan

Tahniah kepada semua










f) English Language Co-Academic Carnival di SMK Padang Saujana

Keputusan:
Johan : Debat Perempuan





g) Program Jati Diri Kesopanan di SMK Padang Piol


h) Kejohanan Balapan dan Padang Daerah Jerantut - di SMK Padang Saujana

Keputusan :
 2 emas, 1 perak, 1 gangsa





Kenangan di Kuching Sarawak


               Hai semua..Harap semuanya sihat belaka....Kali ini admin ingin berkongsi pula aktiviti yang telah dijalankan oleh KOSTEM.. Pada 3 - 5 April  2015 yang lalu, pihak KOSTEM bersama Guru-guru Kaunselor Daerah Jerantut telah menyertai satu kursus anjuran ANGKASA iaitu Kursus KD 8, KD9 & KD10 di Hotel Grand Continental , Kuching Sarawak... Kursus ini telah disertai oleh 40 orang peserta dimana guru koperasi daripada SMK Tun Abang Haji Openg, Kuching turut menyertai kursus ini. Kursus ini telah disampaikan oleh Pegawai B4P ANGKASA Sarawak iaitu Encik George Aiman Milin.
Kesempatan yang ada ini juga telah digunakan dengan sebaiknya iaitu dengan melawat beberapa tempat menarik di Sarawak. Salah seorang guru koperasi daripada SMK Tun Abang Haji Openg iaitu Pn Ossoma telah bermurah hati menjamu peserta kursus di rumahnya dengan makanan orang Sarawak.Terima kasih ye Pn Ossoma..Seronok sungguh berada di Sarawak...Moga bertemu kembali..