Jumaat, 17 April 2015

Kejohanan Balapan dan Padang SMK Temin 2015


Hai semua. Salam sejahtera..Maaf sebab dah lama admin tak update blog kerana tuntutan pekerjaan yang banyak dan perlu diselesaikan.. Lepas ini, admin akan update peristiwa yang telah berlaku di SMK Temin okay..So, pada entry kali ini, admin akan berkongsi cerita mengenai Kejohanan Balapan dan Padang SMK Temin 2015 yang 1 & 2 April 2015.

Kejohanan Balapan dan Padang SMK Temin 2015 telah dirasmikan oleh ADUN Damak iaitu Dato' Lau Lee. Yang Berbahagia Dato' Lau Lee telah bermurah hati meluluskan sumbangan sebanyak RM3,000 untuk kegiatan kokurikulum SMK Temin serta RM1,500 kepada Persatuan Pra U..Terima kasih Dato'.

Sebelum itu, Sukantara telah diadakan pada 25 & 26 Mac 2015 manakala raptai perbarisan juga telah diadakan pada 31 Mac 2015..
Keputusan Sukantara dan Kejohanan Balapan & Padang SMK Temin bagi tahun 2015 adalah seperti berikut:

SUKANTARA

Johan : Rumah Merah
Naib Johan : Rumah Kuning
Tempat Ketiga : Rumah Hijau
Tempat Keempat : Rumah Biru

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG

Johan : Rumah Kuning
Naib Johan : Rumah Merah
Tempat Ketiga : Rumah Hijau
Tempat Keempat : Rumah Biru

KEPUTUSAN KESELURUHAN ( MERENTAS DESA+SUKANTARA+KBP):

Johan : Rumah Merah
Naib Johan : Rumah Kuning
Tempat Ketiga : Rumah Hijau
Tempat Keempat : Rumah Biru

Jom kita layan gambar-gambar kejohanan tersebut


Sukantara






Raptai Perbarisan





Kejohanan Balapan dan Padang








Pemenang bergambar kenangan bersama Dato' Lau Lee


Pengerusi Persatuan Pra U, Mohd Adib bergambar kenangan bersama 
Dato' Lau Lee


 

















Tiada ulasan: