Ahad, 29 Jun 2014

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak


Salam sejahtera...Admin ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ketibaan Bulan Ramadhan kepada semua warga SMK Temin..Semoga ibadah puasa dan solat kita semua diterima oleh Allah S.W.T..Jangan ponteng puasa tau....Selamat Berpuasa...

Isnin, 16 Jun 2014

Liga Remaja Kreatif 2014


Salam semua. Bertemu kita kembali setelah hampir 3 minggu kita bercuti..Admin ada sedikit info pada kali ini mengenai Pertandingan Liga REmaja Kreatif 2014.. Pertandingan ini sangat menarik tau...Pada tahun lepas, SMK Temin telah menyerti pertandingan ini dan mendapat hadiah saguhati di peringkat negeri Pahang.. Ok la tu kan...Manalah tau, tahun ini ada rezeki yang lebih besar lagi..betul tak??Oklah, info lanjut boleh di dapati di alamat berikut: : http://lrk.mcmc.gov.my/
Mari kita join ramai - ramai k...


Khamis, 5 Jun 2014

Kerja Cuti Sekolah



Hai...Sekarang ini masa cuti sekolah...Selamat Bercuti...Namun, kerja sekolah jangan dilupakan yek...Jangan lupa untuk meng klik " Bahan Ilmiah " dan muat turun bahan cuti sekolah mengikut kategori tingkatan masing - masing ok...Ada juga guru yang telah membekalkan anda dengan bahan bercetak...Oleh itu, siapkan bahan kerja sekolah anda sebelum sekolah dibuka semula pada 16 Jun 2014 nanti yekk..Bye..