Khamis, 9 Oktober 2014

Solat Hajat Perdana


Salam sejahtera... Hai bertemu kembali...Moga hari ini memberi 1001 kebaikan buat kita semua..Oklah, admin ingat berkongsi program yang dijalankan oleh sekolah admin semalam..

Pada 9 September 2014, telah diadakan Majlis Solat Hajat Perdana bagi mendoakan kejayaan anak-anak pelajar SMK Temin terutamanya bagi anak pelajar calon STPM, SPM dan PT3. Majlis telah diadakan di Masjid Baru Jerantut dan diketuai oleh Imam Masjid Baru. 

Majlis bermula pada jam 6 petang dengan pendaftaran pelajar. Seterusnya solat maghrib berjemaah, solat hajat, bacaan yassin serta solat isyak. Selepas itu, para jemaah dihidangkan dengan pulut dan rendang daging.. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan disini admin ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Maju Jaya " buat semua calon STPM, SPM dan PT3 SMK Temin bagi tahun 2014..







Tiada ulasan: