Khamis, 17 Julai 2014

Selamat tinggal dan terima kasih



Salam ramadhan..Hari ini admin ingin mengambil kesempatan untuk mewakili semua warga sekolah bagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada 3 orang guru SMK Temin yang telah bertukar sekolah.
Guru-guru tersebut ialah En Azman B Aziz , GPK Kokurikulum yang telah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua SMK Nenasi, Pekan Pahang, En Khamizi B Anas yang telah bertukar ke SMK Jerantut serta Pn Kuntum@ Zaniahtum Bt Salleh yang telah bertukar ke SMK Tengku Bahriah, Kuala Terengganu.
Kami mengucapkan semoga ketiga-tiga orang guru ini akan terus berkhidmat dengan cemerlang di sekolah yang baru..Selamat Maju Jaya dan terima kasih atas segalanya..Moga berjumpa lagi..

En Azman B Aziz

En Khamizi B Anas

Pn Kuntum@ Zaniahtum Bt Salleh

Di sini juga, admin ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat datang kepada seorang guru baru iaitu Cik Mashitah Zaaba serta 3 orang guru praktikum daripada UPSI..Selamat menjalankan tugas di SMK Temin...

Tiada ulasan: