Jumaat, 17 April 2015

Kejohanan Balapan dan Padang SMK Temin 2015


Hai semua. Salam sejahtera..Maaf sebab dah lama admin tak update blog kerana tuntutan pekerjaan yang banyak dan perlu diselesaikan.. Lepas ini, admin akan update peristiwa yang telah berlaku di SMK Temin okay..So, pada entry kali ini, admin akan berkongsi cerita mengenai Kejohanan Balapan dan Padang SMK Temin 2015 yang 1 & 2 April 2015.

Kejohanan Balapan dan Padang SMK Temin 2015 telah dirasmikan oleh ADUN Damak iaitu Dato' Lau Lee. Yang Berbahagia Dato' Lau Lee telah bermurah hati meluluskan sumbangan sebanyak RM3,000 untuk kegiatan kokurikulum SMK Temin serta RM1,500 kepada Persatuan Pra U..Terima kasih Dato'.

Sebelum itu, Sukantara telah diadakan pada 25 & 26 Mac 2015 manakala raptai perbarisan juga telah diadakan pada 31 Mac 2015..
Keputusan Sukantara dan Kejohanan Balapan & Padang SMK Temin bagi tahun 2015 adalah seperti berikut:

SUKANTARA

Johan : Rumah Merah
Naib Johan : Rumah Kuning
Tempat Ketiga : Rumah Hijau
Tempat Keempat : Rumah Biru

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG

Johan : Rumah Kuning
Naib Johan : Rumah Merah
Tempat Ketiga : Rumah Hijau
Tempat Keempat : Rumah Biru

KEPUTUSAN KESELURUHAN ( MERENTAS DESA+SUKANTARA+KBP):

Johan : Rumah Merah
Naib Johan : Rumah Kuning
Tempat Ketiga : Rumah Hijau
Tempat Keempat : Rumah Biru

Jom kita layan gambar-gambar kejohanan tersebut


Sukantara






Raptai Perbarisan





Kejohanan Balapan dan Padang








Pemenang bergambar kenangan bersama Dato' Lau Lee


Pengerusi Persatuan Pra U, Mohd Adib bergambar kenangan bersama 
Dato' Lau Lee


 

















Selasa, 3 Mac 2015

Keputusan SPM dan STPM 2014


Hai..Pada 2 Mac 2015 dan 3 Mac 2015 telah diumumkan keputusan STPM dan SPM 2014. Alhamdulilla, berkat usaha semua guru, staf dan pelajar, SMK Temin telah berjaya melonjakkan keputusan bagi kedua-dua peperiksaan tersebut..Tahniah..

Kepada semua warga SMK Temin lepasan STPM dan SPM 2014 boleh lah menuntut saham keahlian koperasi masing-masing di Kaunter KOSTEM pada pukul 10 pagi - 12.00 tengahari setiap hari bermula 4 Mac - 13 Mac 2015 dan berjumpa dengan En Othman Deron, Cik Masyitah Zaaba atau En Mohd Nur Akmal B Mohd Jamil...

Jom kita enjoy gambar mereka sedang mengambil keputusan.Good luck kepada semua..








PC Assembling - aktiviti pelajar ICT



Salam sejahtera..Apa khabar semua? Hari ini admin akan berkongsi gambar aktiviti kerja kursus pentaksiran ICT SPM bagi kelas admin...Pelajar ICT telah menjalankan kerja kursus " PC Assembling" pada hari Sabtu yang lalu.Alhamdulillah kesemua mereka telah melaksanakan kerja kursus tersebut dengan jayanya...Tahniah ye...Kena usaha lagi ye..