Selasa, 3 Disember 2013

SPM ICT


Salam sejahtera..Hari ini pelajar-pelajar ICT akan menjawab peperiksaan  SPM.. Berdebar hati admin bila memikirkan anak-anak murid yang akan menjawab soalan pada hari ini. Admin berharap agar semua pelajar dapat menjawab soalan dengan mudah dan tepat..Admin sentiasa mendoakan kejayaan mereka..Pagi ini, kelas tambahan ICT untuk kali terakhir diadakan bagi memberi sokongan kepada mereka.. Good Luck ya!! Cikgu sayang semua...






Kalendar cuti umum, jadual pembayaran gaji serta Takwim Persekolahan 2014



Salam sejahtera..Nampaknya cuti kali ni hujan turun tidak berhenti..Paras air di sekitar Pahang nampaknya semakin meningkat dan merbahaya. Oleh itu, admin berharap agar semua pihak dapat menjaga keselamatan diri dan barang masing-masing...Kesihatan diri juga jangan lupa untuk dijaga okay... Kali ni, admin nak berkongsi beberapa perkara yang penting buat panduan warga guru dan pelajar untuk sesi 2014...Sharing is caring!!!




Untuk mendapatkan takwim penggal persekolahan pula bolehlah download di sini ok...

Rabu, 20 November 2013

Tanggungjawab di masa cuti sekolah



Minggu ini merupakan minggu pertama cuti persekolahan akhir tahun.Namun masih banyak aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh warga sekolah dalam waktu cuti persekolahan ini..
Ada yang mengawas peperiksaan SPM dan STPM, ada yang bertugas di sekolah dan ada yang masih perlu menghadiri kursus-kursus serta mesyuarat bagi memantapkan PdP untuk tahun 2014..Itulah yang dikatakan tanggungjawab yang mana mesti dilaksanakan bagi kejayaan bersama.

Pada minggu ini juga, Panitia Matematik SMK Temin mengadakan kursus KBAT Matematik yang dijalankan di Bilik Seminar SMK Temin.. Memang banyak maklumat yang diperolehi..Terima kasih kepada JU iaitu Cik Afza dan rakan-rakan panitia...Harap dapat menggunakan ilmu yang diperolehi untuk memantapkan lagi prestasi subjek Matematik di tahun-tahun akan datang.

Khusyuk menjawab soalan KBAT..Terbaik

Sempat berposing bersama Ketua Panitia, Pn Lim Bang Sew dan Ketua Bidang, Pn Mariani Bt Asif

JU yang berdedikasi, CIk Afza Osman