Sabtu, 20 Jun 2015

GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK


Walaupun agak terlewat, namun admin ingin berkongsi mengenai Sambutan Hari Guru 2015 baru-baru ini.  

Untuk tahun ini sambutan Hari Guru di Malaysia adalah bertemakan GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK akan diraikan pada 16 Mei bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa. 

Berikut adalah huraian kepada Tema Hari Guru 2015.

1. Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Warga pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.


2. Peranan guru juga tidak terbatas hanya kepada menyampaikan kandungan silibus dalam bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu (knowledge development) dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa depan melalui amalan pengajaran guru yang berpusatkan pelajar serta penggunaan bahan sumber secara berkesan.

3. Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013 - 2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut.




Pelbagai acara telah dirancang sempena Sambutan Hari Guru tahun ini. Satu majlis solat hajat dan jamuan kesyukuran sempena Hari Guru turut diadakan di surau Asrama SMK Temin sehari sebelum majlis Sambutan Hari Guru. Terima kasih kepada semua yang menjayakan Sambutan Hari Guru tahun ini.Kipidap...















Jom Digital



Salam sejahtera semua. Pada kali ini admin ingin berkongsi mengenai Program Jom Digital yang telah dijalankan di SMK Temin pada 13 Jun 2015. Program ini menggabungkan pelajar daripada SMK Temin dan juga dari SMK Padang Saujana. Setiap peserta juga diberikan sijil penyertaan selesai sahaja program tersebut.. Memang best giler lah..

Sedikit info mengenai program Jom Digital ini :

PROGRAM#jomdigitalinfra  
merupakan satu program yang dibangunkan khas oleh Institut Kemajuan Desa (INFRA) bagi memenuhi kehendak & objektif pihak kerajaan Malaysia & INFRA yang bertindak sebagai program permulaan bagi meningkatkan kefahaman & celik digital di kalangan remaja di Malaysia khususnya dalam masyarakat luar bandar. 

Program ini adalahPLATFORM asas yang dapat melengkapkan para remaja dengan kemahiran digital dan IT yang diperlukan di dalam Ekonomi Digital.

Untuk keterangan lanjut, layari halama http://www.jomdigitalinfra.com/..Check it out!!














Isnin, 15 Jun 2015

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 24


Salam semua.. Pada 30 April 2015 yang lalu, SMK Temin telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 24. Kehadiran ibu bapa pada Mesyuarat kali ini amatlah menggalakkan. Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Jerantut, En Ali Syahbana Bin Sabaruddin.  Semoga kerjasama dan ikatan di antara ibu bapa dan guru akan sentiasa erat dan berkekalan selamanya...