Isnin, 30 September 2013

PMR 2013





Hari ini dah bermula Mesyuarat Pengawasan Peperiksaan PMR di sekolah masing-masing..SO, that's mean ESOK iaitu RABU 2 OKTOBER 2013 akan bermulalah PMR di seluruh Malaysia. 
Cikgu mewakili seluruh warga SMK Temin mengucapkan " Selamat Maju Jaya dan Semoga beroleh kejayaan" kepada semua calon PMR 2013...Amin. Jangan lupa baca doa sebelum menjawab peperiksaan anda!!.



         






Isnin, 23 September 2013

7 'S'

Hari ini merupakan Hari Restu Ilmu bagi pelajar Tingkatan 3 yg akan menduduki PMR tidak lama lagi...So Cikgu ingin berkongsi petua 7 S bersama pembaca semua.
1. Solat= jgn tinggal solat.Mohon pd Allah S.W.T untuk membantu kita dlm menghadapi peperiksaan setelah kita berusaha.
2.Sihat=jaga kesihatan agar kita tenang dlm menjawab soalan peperiksaan.
3.Selamat=jaga keselamatan diri agar dijauhkan dari kemalangan dan bencana.
4.Study=study hingga masa peperiksaan tiba..Hargai masa yg ada.
5.Serius= masa utk bermain-main telah tiada.kini pelajar perlu serius dan fokus pd pelajaran.
6.Salam=salam ibu bapa, guru dan rakan bg memohon maaf dan keberkatan.
7.Sukses=jika 6 S tadi dilakukan,Insya Allah sukses menanti kita..

Akhir kata, good luck for all PMR's 2013 candidates..
Cikgu Tina  

 

Isnin, 15 April 2013

Hadiah untuk SMK Temin!


Apa khabar semua? Blog baru dicipta semula bertujuan untuk menambahkan jumlah pembaca-pembaca. Walaupun blog bertemakan sekolah / formal tetapi direka dalam bentuk sedikit feminin untuk tampak lebih ceria di samping menenangkan fikiran apabila melihat warna sejuk ini. Ditambah pula lagu dimainkan oleh alatan muzik iaitu irama piano. Saya selaku pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Temin dari Kelas 2 Cemerlang kini bersedia memberi khidmat baik seadanya mengikut kemampuan saya. InsyaAllah. Semoga pihak sekolah menyukai hasil kreativiti mengenai blog SMK Temin bagi 2013. Wassalam..
Alhamdullillah, selesai jua untuk menyiapkan blog sekolah ini.