Jumaat, 17 April 2015

Kenangan di Kuching Sarawak


               Hai semua..Harap semuanya sihat belaka....Kali ini admin ingin berkongsi pula aktiviti yang telah dijalankan oleh KOSTEM.. Pada 3 - 5 April  2015 yang lalu, pihak KOSTEM bersama Guru-guru Kaunselor Daerah Jerantut telah menyertai satu kursus anjuran ANGKASA iaitu Kursus KD 8, KD9 & KD10 di Hotel Grand Continental , Kuching Sarawak... Kursus ini telah disertai oleh 40 orang peserta dimana guru koperasi daripada SMK Tun Abang Haji Openg, Kuching turut menyertai kursus ini. Kursus ini telah disampaikan oleh Pegawai B4P ANGKASA Sarawak iaitu Encik George Aiman Milin.
Kesempatan yang ada ini juga telah digunakan dengan sebaiknya iaitu dengan melawat beberapa tempat menarik di Sarawak. Salah seorang guru koperasi daripada SMK Tun Abang Haji Openg iaitu Pn Ossoma telah bermurah hati menjamu peserta kursus di rumahnya dengan makanan orang Sarawak.Terima kasih ye Pn Ossoma..Seronok sungguh berada di Sarawak...Moga bertemu kembali..







 


Lawatan Sambil Belajar Pra U SMK Temin ke Parlimen



Pada 31 Mac 2015, para guru dan pelajar Pra U SMK Temin telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Parlimen.. Lawatan ini bertujuan untuk menambahkan pengetahuan kepada para pelajar Pra U SMK Temin mengenai sistem berparlimen di Malaysia...Jom kita layan gambar lawatan tersebut..





Pelancaran Pembasmian Anti Aedes Satu Malaysia


Selepas berlakunya bencana banjir, negara kita telah diuji pula dengan wabak penyakit denggi. Oleh kerana penyakit denggi ini telah menular dengan begitu serius, maka Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengarahkan semua sekolah di Malaysia untuk melancarkan Program Pembasmian Anti Aedes Satu Malaysia bagi menyebarkan kepada pelajar tentang bahayanya penyakit denggi ini. SMK Temin telah melancarkan program ini pada 25 Mac 2015.
Semasa pelancaran program ini, pihak sekolah telah menjemput salah seorang guru SMK Temin yang juga merupakan salah seorang mangsa demam denggi iaitu Puan Norhaslida untuk berkongsi pengalaman beliau ketika diserang penyakit tersebut. Para pelajar nampaknya begitu berminat mendengar pengalaman beliau. 
Selepas selesai pelancaran tersebut, para pelajar telah menaburkan ubat anti aedes ke dalam kawasan bertakung air di sekitar SMK Temin...Semoga usaha ini akan berterusan demi menjamin kesihatan yang baik untuk semua warga Temin