Khamis, 26 Februari 2015

Jadual Ujian Selaras Mac 2015 serta Jadual Kelas Tambahan SPM dan PMR 2015..


Hai...Apa khabar semua?? Hari ini admin ingin berkongsi  Jadual Ujian Selaras Mac 2015 bagi Tingkatan 4 dan 5 serta Jadual Kelas Tambahan SPM dan PMR 2015...Bagi tingkatan yang lain, admin akan update kelak ok...
Jangan lupa study!!!







Semakan keputusan SPM 2014

  

Salam semua.. Tentu sekarang ini semua calon SPM 2014 sedang berdebar-debar kan? Al maklumlah, keputusan SPM akan diketahui pada 3 Mac 2015 ini. Bagi calon SPM 2014 SMK Temin, anda dikehendaki memakai pakaian yang sopan ketika mengambil keputusan SPM anda nanti ya..Anda boleh mendapatkan slip keputusan selepas jam 10 pagi okay..Semoga mendapat keputusan yang cemerlang..Jumpa nanti
 


Semoga cepat sembuh Cikgu Arba'ae

mu
 
Hai apa khabar semua?Wow, cuaca sekarang ini sangat panas kan? Ramai warga temin sekarang ini kurang sihat kerana keadaan cuaca yang sangat panas ini..Admin berharap agar semua pembaca blog ini minum air dengan banyak bagi mengelakkan keadaan kesihatan terganggu..Ingat tu ye..

Baiklah, admin ingin berkongsi pula beberapa peristiwa yang berlaku dalam minggu ini... Pada hari Selasa 24 Februari 2015, pihak KOSTEM telah menganjurkan satu kursus hos Pelancongan Koperasi Sekolah. Kursus ini telah disampaikan oleh Pegawai ANGKASA B4P iaitu Encik Azlan.. Semua peserta kursus telah memberi kerjasama yang sangat baik sepanjang kursus ini berlangsung..Tahniah..
               



 Oklah, Admin juga ingin berkongsi kisah sedih..Salah seorang guru SMK Temin yang sangat disayangi iaitu Tuan Hj Arba'ae B Abdul Wahab kini sedang koma di Hospital Temerloh kerana penyakit yang dialaminya. Sehubungan itu, satu bacaan yassin telah diadakan di surau SMK Temin bagi mendoakan kesihatan beliau. Satu bacaan yassin juga akan diadakan esok di Dewan Bitara Temin.Admin berharap agar semua pembaca blog dapat menyedekahkan Al Fatihah kepada beliau dan mendoakan agar kesihatan beliau akan kembali seperti biasa. Alfatihah

 
Tuan Hj Arba'ae B Abdul Wahab