Rabu, 1 Januari 2014

Selamat menempuh tahun baru 2014



Salam semua..Hari ini bertemu kita kembali di tahun yang baru iaitu 2014. Bagi warga SMK Temin, hari ini bermulalah hari persekolahan bagi tahun baru. Seperti  biasa, SMK Temin hari ini sibuk dengan pelbagai aktiviti terutamanya yang melibatkan pelajar Tingkatan 1 dan 4..Kepada yang baru menjadi sebahagian daripada warga temin, Admin ingin mengucapkan Selamat Datang dan semoga kehadiran anda akan menyumbang ke arah kecemerlangan sekolah di masa hadapan. Semoga azam tahun baru ini merupakan azam yang baik dan bagus untuk pencapaian diri kita..

Jumpa lagi..

Khamis, 12 Disember 2013

Moga cepat sembuh!!





Bagaimana dengan cuti anda kali ini? Minggu ini, salah seorang guru SMK Temin, Cik Afza Othman telah mengalami demam denggi berdarah dan kini ditempatkan di Hospital Temerloh..Moga Cikgu Afza akan cepat sembuh dan kami warga SMK Temin sentiasa mendoakan kesihatan yang baik buat Cikgu Afza. Get well soon....




Jumaat, 6 Disember 2013

Utusan.com.my



Akhbar digital Utusan.com.my mengenai kejayaan Koperasi SMK Temin Jerantut Pahang Berhad menjadi Johan Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2013 serta anugerah utama Koperasi 6 Bintang.
Sila klik pada link berikut:

Koperasi Sekolah Berpotensi Dimajukan Lagi