Ahad, 10 November 2013

Tq Cikgu Ridhuan


Bertemu kembali...Minggu ini merupakan minggu akhir persekolahan bagi tahun 2013..Starting next week, semua pelajar dah mula bercuti panjang akhir tahun..So, di sini Admin ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bercuti buat semua warga SMK Temin....Namun, harapan Admin agar semua pelajar tidak akan lupa untuk membaca buku bagi menghadapi tahun 2014...



Sebelum itu, minggu lepas 8 November 2013, merupakan hari terakhir bagi guru praktikum, Cikgu Mohd Ridhuan B Mohd Hashim menjalankan praktikum di SMK Temin...For info,  Cikgu Mohd Ridhuan merupakan bekas pelajar di SMK Temin dari beliau Tingkatan 1 hinggalah Tingkatan 6 Atas..So, tq Riduan...Satu majlis penghargaan telah diadakan bagi menghargai sumbangan Cikgu Ridhuan. Moga dapat berkhidmat di SMK Temin di lain waktu...

Selain itu, Anugerah Kokurikulum Daerah Jerantut turut diadakan pada 8 November 2013..SMK Temin telah berjaya memenangi beberapa anugerah..Team guru SMK Temin juga telah ditugaskan untuk mengendalikan bahagian hadiah...So, thanks semua di atas kerjasama yang bestttt..

SO, Jumpa lagi dan layan gambar -gambar dibawah......

Cikgu Ridhuan sedang menyampaikan ucapan ringkas

Menerima cenderamata dari Pengetua

Menerima cenderamata daripada GPK Kokurikulum

Menerima cenderamata daripada Pengerusi Kelab Staf

Bergambar bersama guru pembimbing, Pn Ruhaily Ramly

ANUGERAH KOKURIKULUM DAERAH JERANTUT 2013

Team petugas bahagian hadiah SMK Temin bersama Pengetua

Isnin, 4 November 2013

Congrats Pahang and Good Luck STPM candidates!!


Hai bertemu lagi kita...Semalam 3 November adalah hari yang cukup bermakna bagi rakyat Pahang kerana pasukan Pahang berjaya menjuarai Piala Malaysia setelah penantian hampir 21 tahun..Tahniah Pahang...



Namun dalam kemeriahan meraikan kemenangan pasukan Pahang, jangan pula dilupakan cabaran Peperiksaan STPM yang menanti. Bermula 6 Nov hingga 2 Disember ini, Peperiksaan Penggal 3 STPM 2013,  Peperiksaan Penggal 1 STPM 2014, Peperiksaan Ulangan  Penggal 1 STPM 2013 dan Peperiksaan Ulangan  Penggal 2 STPM 2013 akan berlangsung..So, kepada semua calon STPM, Selamat Maju Jaya...


 

Khamis, 31 Oktober 2013

JOHAN Sambutan Hari Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan 2013



Tahniah Koperasi SMK Temin diatas kejayaan yang cukup bermakna dimana KOSTEM telah dinobatkan sebagai JOHAN Sambutan Hari Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan 2013 pada 27-29 Oktober 2013..KOSTEM telah menerima hadiah sebanyak RM12,000.00 dan RM3,000.00 dalam bentuk pakej pelancongan selain menerima plak dan sijil..Tahniah KOSTEM...

Para pelajar Ting 5  pula akan mula menjalani peperiksaan SPM pada hari Rabu, 6 November 2013..Warga SMK Temin mengucapkan Selamat Maju Jaya dan semoga beroleh kecemerlangan yang diharapkan...Amin...