Selasa, 12 April 2016

Aktiviti Sepanjang Bulan Januari-April 2016


Pada kali ini, admin akan berkongsi rumusan aktiviti yang telah dijalankan oleh warga SMK Temin bagi sepanjang bulan Januari hingga April 2016.. Admin ingin memohon maaf di atas kelewatan admin berkongsi catatan aktiviti aktiviti tersebut..Jom kita lihat bersama sama...










Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2016
2 April 2016
UKM, Bangi




Majlis BBQ Tautan Ukhwah Kelab Guru dan Staf 2016


Hai..Bertemu kita kembali..Kali ini, admin nak berkongsi aktiviti yang dijalankan pada Isnin yang lepas iaitu 11 April 2016. Kelab Guru dan Staf SMK Temin telah mengadakan Majlis BBQ Tautan Ukhwah serta Sambutan Hari Lahir bagi warga kerja yang jatuh pada bulan Januari hingga April. Tujuan aktiviti ini adalah bagi merapatkan hubungan silaturrahim antara warga kerjanya.. Jom kita layan gambar aktiviti tersebut.







Isnin, 11 April 2016

Barcode Laman FrogVLE SMK Temin


Salam semua warga SMK Temin...  Selaras dengan misi SMK Temin untuk meningkatkan peratus penggunaan / capaian Laman FrogVLE, pihak Panitia ICT SMK Temin telah menghasilkan barcode scanner bagi  Laman FrogVLE SMK Temin .
Tujuan penghasilan barcode ini adalah untuk membolehkan para guru, staf. pelajar dan penjaga untuk memuat turun aplikasi tersebut di dalam telefon pintar masing-masing.. So, guy..Tunggu apa lagi?? Jom muat turun... Sebelum itu. pastikan telefon pintar anda mempunyai aplikasi QR Scanner ye... Anda boleh dapatkan aplikasi QR Scanner di Playstore..Selamat Mencuba



Rabu, 6 April 2016

Kem Membaca 1Malaysia dan Pelancaran Nilam Peringkat Sekolah





Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..Hai bertemu kembali kita di laman blog ini. Maaflah, admin dah lama tak update perkembangan SMK Temin.. Maklumlah, macam - macam perkara yang berlaku tahun lepas... Oklah, kita lupakan sebentar hal tahun lepas ye..Kali ini, admin ingin berkongsi aktiviti yang berlaku dalam minggu ini. Pada 4 April yang lalu, telah diadakan majlis pelancaran Kem Membaca 1Malaysia dan Pelancaran Nilam Peringkat Sekolah di Dewan Bitara SMK Temin. Majlis telah berlangsung dengan jayanya dan pelbagai aktiviti telah dijalankan sempena majlis tersebut.Jom kita layan gambar-gambar sepanjang aktiviti sempena Minggu Kem Membaca 1Malaysia...












Sabtu, 20 Jun 2015

GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK


Walaupun agak terlewat, namun admin ingin berkongsi mengenai Sambutan Hari Guru 2015 baru-baru ini.  

Untuk tahun ini sambutan Hari Guru di Malaysia adalah bertemakan GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK akan diraikan pada 16 Mei bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa. 

Berikut adalah huraian kepada Tema Hari Guru 2015.

1. Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Warga pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.


2. Peranan guru juga tidak terbatas hanya kepada menyampaikan kandungan silibus dalam bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu (knowledge development) dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa depan melalui amalan pengajaran guru yang berpusatkan pelajar serta penggunaan bahan sumber secara berkesan.

3. Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013 - 2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut.




Pelbagai acara telah dirancang sempena Sambutan Hari Guru tahun ini. Satu majlis solat hajat dan jamuan kesyukuran sempena Hari Guru turut diadakan di surau Asrama SMK Temin sehari sebelum majlis Sambutan Hari Guru. Terima kasih kepada semua yang menjayakan Sambutan Hari Guru tahun ini.Kipidap...















Jom Digital



Salam sejahtera semua. Pada kali ini admin ingin berkongsi mengenai Program Jom Digital yang telah dijalankan di SMK Temin pada 13 Jun 2015. Program ini menggabungkan pelajar daripada SMK Temin dan juga dari SMK Padang Saujana. Setiap peserta juga diberikan sijil penyertaan selesai sahaja program tersebut.. Memang best giler lah..

Sedikit info mengenai program Jom Digital ini :

PROGRAM#jomdigitalinfra  
merupakan satu program yang dibangunkan khas oleh Institut Kemajuan Desa (INFRA) bagi memenuhi kehendak & objektif pihak kerajaan Malaysia & INFRA yang bertindak sebagai program permulaan bagi meningkatkan kefahaman & celik digital di kalangan remaja di Malaysia khususnya dalam masyarakat luar bandar. 

Program ini adalahPLATFORM asas yang dapat melengkapkan para remaja dengan kemahiran digital dan IT yang diperlukan di dalam Ekonomi Digital.

Untuk keterangan lanjut, layari halama http://www.jomdigitalinfra.com/..Check it out!!