Biodata Blog


 Blog yang memainkan peranan warna biru langit ini mula dicipta pada 15 April iaitu 2 hari selepas sambutan hari kelahiran pereka blog bagi blog SMK Temin iaitu Amirah Asyiqin atau mesra dikenali sebagai Mira. Pada mulanya, blog ini dicipta atas permintaan guru panitia ICT, Pn Tina Lisa Eleeanna. Beliau juga merupakan guru bermatapelajaran bagi Literasi Komputer dan Matematik. Sejarah pembikinan blog ini bermula apabila ia ingin menyertai dalam Pertandingan Kepenggunaan bersempena Hari Pengguna Malaysia (HPM) bagi 2013. Namun, kehendaknya terbantut akibat kesukaran tanpa guru pembimbing. Ia terasa keliru tanpa tunjuk ajar untuk cara peryertaan dalam Pertandingan Kepenggunaan anjuran FOMCA.

 Sesetengah dalam kalangan rakan sekelasnya telah pun mengetahui mengenai bakat keistimewanya iaitu mahir bidang blog dan pandai merekabentuk menggunakan aplikasi Photoshop CS 7.0 . Bakatnya mula dipupuk pada usia 13 tahun (2012) untuk mencantikkan rekabentuk dan penambahan kod di blognya sendiri. Guru Panitia ICT ini juga dapat mengetahui bakat terpendamnya melalui pertanyaan Mira. Pada mulanya, ia ingin bertanya mengenai cara peryertaan dalam Pertandingan Kepenggunaan : Pertandingan Blog Pengguna. Namun, beliau bertanyakan soalan semula tentang kemahirannya bidang blog.

 Beliau juga meminta alamat emel blog kepunyaan Mira ( klik di sini ) untuk melihat rekabentuk blog tersebut. Blog hak milik gadis yang kini memegang jawatan sebagai Pengawas Pusat Sumber ( PPS ) ini bertemakan animasi tempatan Malaysia kegemarannya iaitu Boboiboy. Manakala, pemilihan tema blog sekolah ini lebih cenderung kepada tema kecerahan masa hadapan dan warna yang memainkan peranan sebagai menenangkan fikiran.

 Ia juga merupakan pelajar 3Cemerlang dan bekas pelajar 1 Cemerlang & 2 Cemerlang. Selain itu, dia juga adalah bekas murid kepada Sekolah Kebangsaan Temin (SK Temin) dari usia 6 hingga 12 tahun (selama 6 tahun). Ia mula berkeinginan untuk mendalami dalam dunia blogging ketika usianya 13 tahun. Blog ini adalah blog yang ke-15 dicipta dan diedit semula.

Blog ini adalah dibawah kawalan IkinAsyiqin!

 PORTFOLIO 

Tiada ulasan: