Sabtu, 20 Jun 2015

GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK


Walaupun agak terlewat, namun admin ingin berkongsi mengenai Sambutan Hari Guru 2015 baru-baru ini.  

Untuk tahun ini sambutan Hari Guru di Malaysia adalah bertemakan GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK akan diraikan pada 16 Mei bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa. 

Berikut adalah huraian kepada Tema Hari Guru 2015.

1. Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Warga pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.


2. Peranan guru juga tidak terbatas hanya kepada menyampaikan kandungan silibus dalam bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu (knowledge development) dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa depan melalui amalan pengajaran guru yang berpusatkan pelajar serta penggunaan bahan sumber secara berkesan.

3. Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013 - 2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut.




Pelbagai acara telah dirancang sempena Sambutan Hari Guru tahun ini. Satu majlis solat hajat dan jamuan kesyukuran sempena Hari Guru turut diadakan di surau Asrama SMK Temin sehari sebelum majlis Sambutan Hari Guru. Terima kasih kepada semua yang menjayakan Sambutan Hari Guru tahun ini.Kipidap...















Jom Digital



Salam sejahtera semua. Pada kali ini admin ingin berkongsi mengenai Program Jom Digital yang telah dijalankan di SMK Temin pada 13 Jun 2015. Program ini menggabungkan pelajar daripada SMK Temin dan juga dari SMK Padang Saujana. Setiap peserta juga diberikan sijil penyertaan selesai sahaja program tersebut.. Memang best giler lah..

Sedikit info mengenai program Jom Digital ini :

PROGRAM#jomdigitalinfra  
merupakan satu program yang dibangunkan khas oleh Institut Kemajuan Desa (INFRA) bagi memenuhi kehendak & objektif pihak kerajaan Malaysia & INFRA yang bertindak sebagai program permulaan bagi meningkatkan kefahaman & celik digital di kalangan remaja di Malaysia khususnya dalam masyarakat luar bandar. 

Program ini adalahPLATFORM asas yang dapat melengkapkan para remaja dengan kemahiran digital dan IT yang diperlukan di dalam Ekonomi Digital.

Untuk keterangan lanjut, layari halama http://www.jomdigitalinfra.com/..Check it out!!














Isnin, 15 Jun 2015

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 24


Salam semua.. Pada 30 April 2015 yang lalu, SMK Temin telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 24. Kehadiran ibu bapa pada Mesyuarat kali ini amatlah menggalakkan. Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Jerantut, En Ali Syahbana Bin Sabaruddin.  Semoga kerjasama dan ikatan di antara ibu bapa dan guru akan sentiasa erat dan berkekalan selamanya...











Tahniah Muhammad Rais dan Unit Beruniform Kadet Bomba


Salam sejahtera.. Pada entry kali ini, warga SMK Temin ingin mengucapkan tahniah kepada Muhammad Rias B Mohd Junaidi di atas kejayaan memenangi Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Jengka baru-baru ini dan seterusnya telah dipilih sebagai Peninju Terbaik Kejohanan tersebut. Kemenangan tersebut membolehkan Muhammad Rais dipilih untuk menyertai Kejohanan Muay Thai  di Kuala Lumpur pada bulan Ogos nanti...
Warga SMK Temin juga ingin mengucapkan tahniah kepada Unit Beruniform Kadet Bomba SMK Temin kerana 2 orang pelajar iaitu Nur Natasya Bt Jamaluddin dan Nur Atiqah Bt Ramli telah terpilih mewakili kontinjen Pahang ke Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Kebangsaan. Kontinjen Pahang telah berjaya memenangi beberapa kategori pada perkhemahan tersebut.
Tahniah Tahniah Muhammad Rais dan Unit Beruniform Kadet Bomba!!





JUALAN PROTUNE - MESYUARAT AGUNG PIBG


Salam semua... Apa khabar? Harap semuanya sihat ok...Baiklah, kali ini Admin ingin berkongsi aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh Kelab PROTUNE sempena Mesyuarat Agung PIBG 2015 baru-baru ini. Admin merupakan salah seorang guru pembimbing kelab ini selain daripada Cik Mashitah Zaaba dan Pn Nor Asyikin Md Yassin.  Apa kata kita lihat sama-sama gerai jualan Kelab PROTUNE. Semoga kelab ini akan terus mendapat sokongan semua..







Aktiviti Bulan April dan Mei 2015


Salam sejahtera.. Kali ini admin ingin berkongsi pula beberapa aktiviti yang telah dijalankan oleh warga SMK Temin sepanjang bulan April dan Mei 2015..Jom kita lihat apakah aktiviti tersebut...

1. Kursus Kecemerlangan PROTUNE 2015
26 - 28 April 2015
Pusat Dagangan Mahkota Kuantan Pahang



2. Ceramah Keselamatan Jenayah 
30 April 2015
Penceramah : ASP Mohd Rodzi



2. Program Pencerahan Matematik SPM
6 Mei 2015
Penceramah : Presiden KIPSAS, Datuk Yahya B Zainal Abidin





3. Majlis Penutupan Minggu Orientasi Ting 6 Rendah
15 Mei 2015



4. Aktiviti Bina Insan - Pelajar Cina dan India
15 Mei 2015



5. Program Sambutan Isra' Mikraj
15 Mei 2015





6. Majlis Meraikan Persaraan Pn Ramlah, Pembantu Am Rendah
28 Mei 2015




7. Majlis Penyerahan Bantuan Mangsa Banjir
29 Mei 2015