Ahad, 18 Mei 2014

Tahniah Mohd Rais!!


Salam semua..Minggu ini, admin ingin berkongsi satu kejayaan yang amat membanggakan warga SMK Temin..Seorang pelajar SMK Temin iaitu Saudara Mohd Rais B Mohd Junaidi telah menjadi Johan Muay Thai Kategori 51 kg dan di bawah 54 kg di Kejohanan IFMA World Championship yang telah diadakan di Langkawi pada 3- 9 Mei 2014. Saudara Mohd Rais B Mohd Junaidi telah menewaskan peserta Australia di peringkat akhir dan telah memenangi hadiah wang tunai RM20,000.00..Tahniah diucapkan kepada Saudara Mohd Rais B Mohd Junaidi ..Anda kebanggaan kami...Kami, warga SMK Temin mendoakan agar kejayaan akan terus menjadi milik anda di masa hadapan....Tahniah!!










Rabu, 14 Mei 2014

Anjung Syura Berwajah Baru



Salam sejahtera.....Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan Bilik Anjung Syura SMK Temin yang telah memberi nafas baru kepada bilik mesyuarat ini...Semoga Anjung Syura yang berwajah baru dan selesa ini dapat memberi manfaat kepada semua..Tahniah...





Ahad, 11 Mei 2014

Sajak " Guru oh Guru" Karya Usman Awang


Salam semua..Sempena kedatangan Sambutan Har Guru pada 16 Mei ini, Admin ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi sebuah sajak hasil nukilan Sasterawan Negara Usman Awang yang sungguh menyentuh jiwa dan berkekalan hingga ke hari ini...


SAJAK “GURU O GURU” – USMAN AWANG (1979)

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa. 



Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;


Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa


Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.


Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.



USMAN AWANG

1979