Khamis, 16 Januari 2014

Aktiviti mingguan ( 13 - 17 Januari 2014 )


Salam sejahtera. Sungguh banyak aktiviti yang dijalankan pada minggu ini. Diantaranya ialah Perjumpaan Rumah Sukan Kali Pertama bagi tahun 2014 ( 15 Januari 2014 ), Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama 2014 ( 16 Januari 2014 ) serta Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah dan Pertandingan Tulisan Kaligrafi Cina ( 17 Januari 2014 ). Pada hari Sabtu ini juga ( 18 Januari 2014) , Kelab Guru dan Staf akan mengadakan lawatan Ke PPUM untuk menziarahi Cikgu Othman B Deron. Tahniah Kelab Guru dan Staf di atas inisiatif ini. Jom kita lihat gambar sempena aktiviti tersebut,,,

PERJUMPAAN RUMAH SUKAN KALI PERTAMA 2014








MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA 2014






SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2014







PERTANDINGAN TULISAN KALIGRAFI CINA








Isnin, 13 Januari 2014

Salam Maulidur Rasul


Salam sejahtera.. Hari ini merupakan cuti umum sempena Sambutan Maulidur Rasul 2014.
Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Maulidur Rasul tahun 1435H atau tahun Masehi 2014 jatuh pada 14 Januari 2014 dengan Tema sambutan "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH".

Sambutan Maulidur Rasul adalah untuk kita semua merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat.  Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.


Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
(al-ahzab 21).

Selamat Beramal !!



Sabtu, 11 Januari 2014

Cikgu Othman Deron kemalangan Jalanraya




Salam sejahtera. Cikgu Othman  Deron telah mengalami kemalangan jalanraya pada hari Sabtu 11 Januari 2014 di kawasan Kuala Krai, Kelantan. Beliau telah dipindahkan ke Hospital Kota Bharu, Kelantan kerana mengalami pendarahan yang agak teruk di bahagian kepala.Marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau selamat dan dipanjangkan umur.Aminn