Jumaat, 14 Mac 2014

Terima Kasih Kak Yah


Salam sejahtera.. Pada 6 Mac 2014 yang lalu, SMK Temin telah kehilangan seorang lagi warganya yang sangat berdedikasi atas sebab persaraan.Pn Radziah Bt Othman, Ketua Pembantu Tadbir SMK Temin telah menamatkan tempoh perkhidmatannya setelah berkhidmat di SMK Temin daripada 22 September 2002 - 6 Mac 2014. Oleh itu, satu majlis persaraan telah diadakan di Cendana Rasa dan suasana sayu dapat dirasakan di sepanjang majlis tersebut berlangsung..Terima Kasih Kak Yah....Semoga berjumpa lagi..Selamat Bersara...



Selasa, 4 Mac 2014

Belasungkawa



Salam sejahtera.. Pada 22 Februari 2014 yang lalu, SMK Temin telah kehilangan seorang warga pelajar yang dikasihi iaitu Allahyarham Rafiuddin Abbas B Rajuddin, pelajar Tingkatan 5 Baik. Allahyarham telah terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Allahyarham merupakan seorang pelajar yang sangat baik dan disayangi oleh semua rakan dan guru. Marilah kita sama-sama mendoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman..Al Fatihah...



Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 2014




Klik pada link di bawah bagi mendapatkan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 2014, 
YBhg. Datuk Dr Khair Bin Mohamad Yusof