Sabtu, 11 Januari 2014

LADAP Penggunaan Chromebook dan FROG VLE


Salam sejahtera. Pada hari Sabtu ( 11 Januari 2014 ) , SMK Temin telah mengadakan LADAP yang pertama bagi tahun 2014 iaitu penggunaan Chromebook dan FROG VLE.LADAP ini telah melibatkan semua guru dan staf SMK Temin. LADAP ini telah dijalankan di Makmal Komputer SMK Temin dan dikendalikan oleh Pn Tina Lisa Eleeanna, Cik Siti Mariam dan En Shaiful Nizam dserta dibantu oleh beberapa orang guru yang telah dilantik sebagai JU LADAP kali ini.

Sambutan dan penerimaan bagi LADAP ini amat menggalakkan dan semua guru dan staf kelihatan bersemangat sepanjang LADAP berlangsung. Mari lihat sedikit suasana LADAP tersebut..Enjoy!!


Pendaftaran peserta

Guru dan staf sama-sama menyertai LADAP 

Peserta menunjukkan User ID dan password FROG VLE individu


Cik Siti Mariam sedang memberikan penerangan berkaitan FROG VLE

Peserta kursus khusyuk meengedit site peribadi masing-masing

Rabu, 8 Januari 2014

Minggu Orientasi Ting 1 dan 4 2014


Salam sejahtera..Minggu ini merupakan minggu kedua persekolahan bagi tahun 2014. Minggu ini, pelajar Tingkatan 1 dan 4 masih menjalani minggu orientasi sekolah.Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang Minggu Orientasi ini. Admin sebagai penyelaras Tingkatan 4 juga sibuk dengan pembahagian kelas mengikut keputusan PMR yang telah diperolehi masing-masing. So, bagi pelajar Tingkatan 4, pilihlah elektif  yang betul-betul agar tidak menyesal di kemudian hari. Jumpa lagi...





Rabu, 1 Januari 2014

Selamat menempuh tahun baru 2014



Salam semua..Hari ini bertemu kita kembali di tahun yang baru iaitu 2014. Bagi warga SMK Temin, hari ini bermulalah hari persekolahan bagi tahun baru. Seperti  biasa, SMK Temin hari ini sibuk dengan pelbagai aktiviti terutamanya yang melibatkan pelajar Tingkatan 1 dan 4..Kepada yang baru menjadi sebahagian daripada warga temin, Admin ingin mengucapkan Selamat Datang dan semoga kehadiran anda akan menyumbang ke arah kecemerlangan sekolah di masa hadapan. Semoga azam tahun baru ini merupakan azam yang baik dan bagus untuk pencapaian diri kita..

Jumpa lagi..